Thursday, September 18, 2008

SentiaSa BerSamaMu...

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor. Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis.. Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i. Diorng da xthan nk jumpe sngat2. Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama. Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka.. Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan.. Mayat julie selamat dikebumikan. . Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie.. Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut.. Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki. Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya…
Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie... Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia.. Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie, "kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie.. Jimmy semakin kehairanan.. Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian.. Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis. Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye…
Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie…
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..Jimmy semakin hairan dan ketakutan. Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih.. Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy.. Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie, "awk ngah wat pe??"

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbuny "xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.." Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga Kerana sms etrsebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA" hahahahahahahaha

Monday, September 15, 2008

PaNTun HaRi RaYA NeGeRi KiTa

Kelantan...
Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar,
Kelik rayo taksir laju,
Nanti rayo dale sepita.

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong,
Makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong,
Bulang raye mung gile.

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin.

Johor...
Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke rie.

Melaka...
Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok,
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok.

N. Sembilan...
Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri.
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu.

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupei,
Pandu hemat ingat kampong,
Ase(Asal) teman selamat sampei.

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau.

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq,
Lepaih raya jgn dok triak,
Kalu ceti mai kot dapoq.

Perlis...
Padangbesaq kecik aja,
Tempat siamlalu lalang,
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah utang.

Sabah..
Nanti raya sia pulang sabah,
Teringin jumpa kawan lama,
Hari raya sudah mau datang bah,
Dosa lama diampunkan saja..

Sarawak..
Bila tiba buka puasa,
Kek lapis, terubuk bakar kamek suka,
Meh sini kamek mau madah sama kita,
SELAMAT HARI RAYA!!

Thursday, September 11, 2008

AkU DaN HITACI.....

Assalamualaikum semua, terutama yg baca....
aku tulis blog yg bertajuk HITACI ini adalah krn aku mmg HITACI..
aku dh HITACI ini 19bulan, sejak dari bulan 4(April 2007)...

hahh..!!! utk pngetahuan semua, HITACI yg dimksudkan aku bknnya barangan elektrik HITACHI, tetapi HITACI aku nie ialah (HIdup TAnpa CInta), aku terjumpa perkataan ini dari kwn aku Marwan Muhammad(Aloha!), dialah yg memperkenalkan aku HITACI nie, dia memperkenalkan aku dari Friendster. Kat Friendster, ada group HITACI. Group ini mmg meriah gila..Best tahap2 maximum.. Thnkz kpd yg aktif group HITACI.. Ryuji, Aloha, Sam, Cik Odah, Milah, Mytheorem...Thnkz again...(mcm aku la plak Owner)hehehe...Group ini di Owner kan oleh Ryuji ataupun Muhammad Hilmi.. thnkz Bos..!! hehehe....

Aku memilih HITACI bknnya sbb aku ni tak kacak ataupun tak ensem..
aku mgaku, aku ada rupa ensem...tapi ntah laa...ht aku still tak terbuka utk semua gurl..
walaupun ada rmai gurl yg cuba memikat aku...
mungkin sbb aku dh ditinggalkan oleh 3 org pompuan tnpa sebab.. patutkah..???? mmg xpatut..

Tapi, utk pengetahuan para pembaca, hati aku bkn frust ataupun kecewa..kadang kala, tringin aku nk bercouple nie.. tp bila memikirkan psal aktviti2 yg aku selalu dok wat, dgn part-time job n s2dy lg.. that's y aku HITACI..

Bagi aku, selepas aku memilih HITACI nie..aku rsa agak hepi... myb sbb xada kongkongan ataupun halangan dlm bergaul...klw ada awek nie, rasa mcm terhalang nk buat apa2 pun..
jenis aku plak suka berCamping.. aku Camping merata2 negeri n tempat.. klw ada awek, myb dia akn mnjadi penghalang bagi aku utk nk buat segala aktivi2 yg aku minati n inginkan... perghhh..!!! tmbahan plak klw dapat yg cemburu buta @ kuat nie... jenuh nk jaga hati...
Now senang, aku jaga ht aku ja... tapi ht kwn2 kna jga jgk laa... tapi klw kwan2 xpa, lepa semua faham n senang nk buat lawak coz, kwn2 aku semuanya berjiwa seperti aku.. iaitu berjiwa KERING~~... hehehehe.........

Bagi aku.. aku hepi skrang...!!! klw xhepi pun, adalah berpunca dari diri aku...
iaitu, kekurangan duit.. hehehehe..tapi duit bkn mslah aku hepi.. aku jgk bknya org yg susah.. kluarga aku hdup agak berada.. tp duit xpnting...
Yang penting ialah kerjasama diantara kwn2 n semua org utk mnjaga hati seseorg.....

myb aku akn HITACI sehingga aku dh rasa boleh menyara hidup aku sndri, dlm akademik xada mslah n menjaga anak dara org, mksud aku berkhwin... hehehehe....


sampai dicini sahaja kowt.....

Wassalam........

Monday, September 1, 2008

PeriSTiwA - PeriSTiwA PenTinG D'buLaN RamADHan

Assalamualaikum...

Mari kita ramai2 membaca utk mengetahui apakah yg telah berlaku pada Bulan Ramadhan di masa dahulu...

# Al-Qur'an Diturunkan
Pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan iaitu tahun pertama perutusannya sebagai rasul, Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perfantaraan Malaikat Jibrail A.S.

# Khadijah Memeluk Islam
Khadijah binti Khuwalid, isteri baginda Rasulullah S.A.W.. Merupakan orang pertama menerima Islam dan memeluknya.

# Khadijah Wafat
Pada 10 Ramadhan tahun kesepuluh, isteri baginda yang dikasihi telah pergi menghadap Tuhan ketika berusia 65 tahun.

# Kematian Abu Talib
Abu Talib adalah bapa saudaranya yang telah banyak berjasa kepadanya.

# Peperangan Badar
Berlaku pada Jumaat, 17 Ramadhan pada tahun kedua Hijrah.

# Zakat Fitrah Diwajibkan.
Zakat Fitrah diwajibkan pada bulan Ramadhan iaitu pada tahun kedua Hijrah.

# Penaklukan Kota Mekah
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah

# Beberapa Orang Penentang Islam Memeluk Islam.
Al-Abbas bin Abdul Mutalib memeluk Islam pada 10 Ramadhan dan Abu Sufian memeluk Islam pada 13 Ramadhan tahun kelapan hijrah.

# Solat Tarawih Didirikan Secara Berjemaah.
Setelah Saidina Umar bin Al-Khattab dilantik menjadi Khalifah, beliau memerintah supaya solat tarawih dilakukan secara berjamaah.

# Peperangan Tabuk
Berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke sembilan hijrah.

# Islam Berkembang Ke Yaman
Disebarkan pada tahun kesepuluh hijrah.

# Bani Thaqif Memeluk Islam
Pada tahun kesembilan hijrah sekumpulan Bani Thaqif dari Taif telah datang kepada Rasulullah dan memeluk Islam.

SePTemBEr DaN RaMaDhAN

Assalamualaikum.....

Kpd semua pembaca blog budakputih yang bertajuk SePTemBEr DaN RaMaDhAN ini...
Terima Kasih bnyk2 diucapkan... Wahh~~... bnyk perkara yg bkal dan akn jadi dlm bulan september @ bulan yg mulia nie...

# 1stly, mlm sambutan 31 Ogos juga seakan2 mnyambut kedatgn bulan september..Then, awal Ramadhan jgk mcm tlah mnyambut kdtgan bulan September ini... Wahh~~.. msti syok sapa yg lahir dlm bulan september ni erk.!!

# Ehh..!!! birthday budakputih bila erk...?? Ya Rabbi..!!! Birthday BudakPutih 22 Sept laa..., bersamaan 22 Ramadhan... huhuhu....

# Then, aku jgk start keja kat Cyber Cafe mmbr aku yg baru pun dlm Septmbr o Ramadhan ni jgk.. Harap2, aku akn DiHujani Rahmat n DiMurahkan Rezeki... Amin~

# Wahh~~..yang paling ditunggu oleh setiap umat Islam yg mengerjakan bnyak Ibadat kepadaNYA ialah Malam Lailatul Qadar... huhu.. Lailatul Qadar ternyata akan turun dlm bulan September ini...
Penghabisan September juga adalah penghabisan bulan Ramadhan...

# Pada bulan September ni jgk lah org ramai akan berpusu2 ke bndar utk membeli pkaian yang baru2 belaka.. wah~...

# Ramai jgk yg akan membeli mkan pada setiap ptg di bulan September ini utk menikmati Juadah berbuka puasa..

# Hantu Syaitan jgk akan diikat.. hahahaha!!!!!!!! padan muka hampa.. samseng sgt sblum nie...

# Then, bulan bila lg nk solat Terawih, Semestinya pada bulan Ramadhan, memandangkan Ramadhan dlm bulan September.. Syok laa bulan September nie... huhuhuhuhu.....

# Oleh itu, memandangkan Bulan September ini telah menjadi Bulan Yang Mulia, aku berhasrat untuk Stop Smoking..!!! Katakan TakNak untuk merokok... hahahaha.....

ishh..!!! mcm2 dlm bulan september nie erk..

Wah~~... Merepek gila aku... huhuhuhu.... Blog termerepek.. hahahahaha....

Terima Kasih Bulan Ramadhan kerana Hadir pada Bulan September...

Thursday, August 28, 2008

LaPAn PeTaNda JoDOh KaMU, Insya'ALLAH

Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2,

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan> jodoh kamu!


Petanda 3,

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...


Petanda 4,

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5,

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6,

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7,

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8,

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!> > Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU.. INSYA'ALLAH......

Wednesday, August 27, 2008

PeNgaKaP DaN MaKaN

wahhh..~~!!!! bestnya.....

28 OgOS 2008,

Group kami iaitu Knight Rovers telah mengadakan jamuan ataupun majlis makan malam BBQ pada jam 8malam di rumah pemimpin Knight Rovers iaitu Tuan Syafik Asyraf.. Ramai yang kami dh invite sempena malam BBQ kami, iaitu Penolong Pesuruhjaya Negeri Kedah bahagian Agama, Ayahnda Hasan, Pesuruhjaya Kuala Muda, Ibu Rohana, Penolong Pesuruhjaya Kuala Muda, Mama Nas dan Penolong Pesuruhjaya Kubang Pasu, Tuan Rizal. AJK-AJK tertinggi Knight Rovers juga telah trun untuk memeriahkan mkn mlm BBQ kami ini.


30 OGos 2008,

Pihak AJK Pengakap Kelana POLIMAS juga akan mengadakan BBQ pada jam 9pagi, bertempat di Air Terjun Bukit Wang. Ramai anggota Kelana POLIMAS, geng2 bekas Pengakap Kelana POLIMAS, super senior, senior n junior yang teringin turut serta memeriahkan majlis makan kami ini. huhuhu... Best!!..


31 OgOs 2008,

Kenduri Sempena Kejayaan Perkhemahan Maritim dan Kenduri menyambut Bulan Ramadhan akan diadakan di Pulau Bunting pada jam 3ptg (panas tuu~~)... wahh~~!!! mcm best jer... Semua krew2 Knight Rovers dan Kelana Seri Angkasa (KSA) telah dijemput untuk memeriahkan majlis... yeahhhh..!!!!!!


makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan...

hehehehehe.....!!!!!!

Monday, August 25, 2008

PanDanGan Anda SeMUa

1.Apakah pandangan anda semua terhadap Persatuan Pengakap Malaysia..??

2. Apakah yang anda nmpak melalui berpengakapan..??

Commentkan pandangan anda semua....

Sunday, August 24, 2008

SeBuLan BeRsAma PenGakaP (24 JuLy - 24 AuGusT 2008)

24 July 2008

Satu Perkhemahan @ Perhimpunan Pengakap Kedah 100 Tahun telah diadakan di Padang Chichar, Sik Kedah. Camping tu, lepa buat just 3hari 2malam ja... jumlah penyertaan boleh tahan la ramainya. Penyertaan dihantar melalui daerah2 yang ada kat dalam kedah nie.. jumlahnya 1506 orang.. xtermasuk Pengakap Kelana yang dipilih memjadi PEMBANTU camping..tetapi, Pembantu camping yg dilih cuma 30 orang...semua jenis pengakap yang trun, Pengakap Kanak2, Muda n Remaja.. semua skali termasuk Laut n darat.. Pelbagai xtvt yang dijalankan.. xtvt2 yg lepa buat, adalah semata2 utuk memberi pendedahan, lencana n pengalamn kpd pnyertaan yang datang.. bnyk pertndingan dijalankan.. termasuklah, kawat kaki, masak, bngunkan khemah, gejek, pintu gerbang, menara, n mcm2 lagi.... wahh!!! mcm best jer.. huhuhu... Alhamdulillah, sepanjang camping tersebut, lngsung xada hujan lebat, cuma hujan biasa shja, skdar untuk lmbabkan padang... tetapi, camping tersebut, kami team knight rovers terpaksa berangkat pulang awai 10jam..iaitu, jam 5pg kami dah terpaksa bergegas pulang, kerana terpaksa ke KUIN untuk mgajar KLKM KUIN jam 8pg - 12tghri... then, jam 2ptg - 6ptg, kami skali lg team knight rovers kena ke UUM Sintok utk mgajar KLKM UUM...


Seminggu berikutnya......


31 July 2008

Satu Perkhemahan Berlencana Usaha telah dianjurkan oleh Knight Rovers kepada S.M.K.Tunku Abdul Malik, A/S, Kedah. Pengakap SMKTAM ialah Pengakap 19 yg terletak dalam daerah Kota Star. Perkhemahan tersebut telah diadakan di PKP Jerai, iaitu Pusat Kegiatan Pelajar, yg terletak di Yan, Kedah. Perkhemahan tersebut diadakan selama 3hari 2malam..Perasmian perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Daerah Yan, iaitu Puan Rohana (ibu Rohana). Pelbagai xtvt telah kami buat, contohnya ialah mengembara sejauh 12km.. dari PKP Jerai ke Kem Palas. Penyertaan untk perkhemahan tersebut xlah ramai sgt, cuma 30 org shja.. camping kami agak hambar krn 2 org peserta telah dirasuk dan 2 org pserta telah histeria. tp, bg aku, kjadian mcm ni dah sebati dlm hidup aku.. Camping yg telah kami buat tetap akn diteruskan.. tp Alhamdulillah, segalanya berjalan lncar sehingga upacara penutupan..


seminggu berikutnya.....


09 Ogos 2008

Satu Khusus Manikayu Peringkat Satu telah diadakan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN). wahh..!! team Knight Rovers sekali lg telah diberi kepercayaan n dipertanggungjawabkan untuk memberi sidang kepada KLKM KUIN..


Seminggu berikutnya...


16 Ogos 2008

Satu Perkhemahan yang telah ditunggu2 selama ini, dh dekat setahun camping ini telah dirancang... Perkhemahan tersebut ialah Perkhemahan Maritim Pengakap Kelana 2008, Pulau Bunting, Yan Kedah..
wwaahhh..!!! xtau la mcm na nk crita, mmg best gila2 pnya... sempena perkhemahan yg kami buat nie, terlalu bnyak meeting yg telah kami buat sebelum bermulanya perkhemahan ini, pada awalannya, perkhemahan maritim ini akan diadakan di pulau bidan, tetapi, 5hari sebelum ke pulau bidan, pihak TUDM telah menyekat perkhemahan ini untuk ke pulau bidan, atas dasar keselamatan hampir 300 orang.. mana xnya, skrg nie musim ular kapak mengawan. so, akn bnyak lah ular akan kuar dari sarang utk cri pasangan. Oleh itu, terpaksalah ke pulau bunting demi keselamatan peserta n semua orang.. modal yang telah kami kuarkan utk pulau bunting terlalu bnyk n lebih bnyak berbnding nk ke pulau bidan. di pulau bidan, tapak camp n tandas sudah siap sedia.. tetapi, di pulau bunting, KOSONG... bnyk peralatan yg terpaksa kami kuarkan utk membina semua e2.. pulau bidan telah diterokai, tetapi pulau bunting masih belum diterokai, kami pengakap kelana lah the 1st camp yg dtg ke c2.. wahh..!!! mcm best jer.. huhuhu...

Camping kami 16 Ogos - 20 Ogos 2008, iaitu 5 hari.. tetapi, kami pihak pegawai perkhemahan maritim terpaksa trun 14 ogos 2008, demi utk memastikan, semuanya sudah siap sedia... semasa perkhemahan maritim dijalankan, pelbagai xtvt telah dibuat, contohnya, flying fox, jungle tracing, berkayak(6km), asas skuba, water confiden, abselling n etc.. pada perkhemahan tersebut bnyk gejet yg telah dirancang utk dibangunkan, tetapi material (tali guni) yang kami mahukan ialah tidak mencukupi.. susah skrg nie nk cari tali guni.. perghhh..!!!! tetapi, buluh juga mmg xsesuai dibangunkan ditepi laut, cuba korang byangkan, pintu gerbang yang besar telah diterbangkan n diterbalikkan oleh angin..(penat aku buat pintu gerbang), angin laut cepat mengecutkan buluh, xsampai 24jam, buluh telah mnjadi rapuh.. semasa perkhemahan tersebut, aku telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Bahagian Gejet.. semasa perkhemahan tersebut, 5 kapal perang telah menyetujui utk berlabuh berhampiran pulau bunting, tetapi hampa sekali, pertukaran jadual perjalan kapal perang telah berubah pada last2 min, then hnya Kapal Layar Diraja Tunas Samudera sahaja yg mampu datang.. wlaubgaimnapun, kami amat berasa gembira dan berterima kasih kepada TUDM. semasa perkhemahan ini, bnyk agensi2 yang trun utk trut membantu, contohnya, Bomba, JPA3, PBSM, Radio Amatur, Maritim, TLDM, MDY (Majlis Daerah Yan). Terima kasih kpd anda semua.. semasa perkhemahan tersebut, cuma 1st day shja hujan lebat, hari2 lain ialah panas terik n angin ribut.. Alhamdulillah, tiada kemlgan jiwa... mlm camp fire telah dirasmikan oleh Pengarah Bomba Yan. mlm 2 yg paling meriah, krn mcm2 persembahan yg telah dipersembahkan oleh bermacam2 perangai peserta.. hahahahahaha...Perasmian kami dirasmikan oleh komanden TUDM, dan perasmian penutupan oleh Pengarah MDY.. kami berangkat pulang pada jam 6.30 petang setelah semua peserta berangkat pulang pd hari tersebut, iaitu 20 Ogos 2008...


Keesokan harinya...


21 Ogos 2008

Perkhemahan Manikayu Peringkat Dua telah diadakan untuk KLKM KUIN dan KLKM UUM di PKP Jerai.. perkhemahan tersebut telah dijalankan selama 3hari 2malam. Kami sebagai Pebimbing perkhemahan, Ayahnda Hassan, Pen. Pesuruhjya (hal2 agama) Negeri Kedah untuk merasmikannya. perkhemahan ini disertai seramai 102 peserta, 65peserta dari KUIN dan 37 peserta dari UUM.. perbagai xtvt telah dijalankan semasa perkhamahan tersebut, wpun hari hujan, xtvt tetap akn dijalankan mengikut jadual yg telah dibuat.. gejet juga telah dibangunkan oleh KLKM KUIN n KLKM UUM. kami juga ada membuat pengembaraan berjalan kaki sejauh 14km, pengembaraan kami berenti rehat di air terjun tt hayun selama 20min.. Majlis penutupan kami telas di lakukan oleh En. Wahid, iaitu Ketua Unit Penyelaras Ko-Ko KUIN... kami berangkat pulang pada jam 5ptg..



Perghhhhhh.....!!!!!!!!!! Letih Siot, tp...apa2 pun ini lah yang telah memuaskan hatiku....... Thankz 2 all my frenz in scouting... Once r scout, always r scout..

Rakan2 seperjuangan Rovers ku yg telah terlibat...
1. Tuan Syafik (Knight Rovers)
2. Tuan Marwan (Knight Rovers)
3. Tuan Nasril (Knight Rovers)
4. Tuan Syawal (Padang Terap)
5. Tuan Zulhelmi (Knight Rovers)
6. Tuan Farid (Knight Rovers)
7. Tuan Izzan (Knight Rovers)
8. Tuan Wan PKP (Knight Rovers)
9. Cik Zubaida (Knight Rovers)
10. Cik Diyana (KLKM UUM)
11. Cik Fadillah (Knight Rovers)

Perkhemahan terpaksa diberhentikan kerana memberi laluan kepada bulan yang mulia, iaitu Bulan Ramadhan, Bulan 10 ni ada g camping... huhuhuhu..... Kembori Kubang Pasu n Perkhemahan Sem Satu Kelana POLIMAS, Jitra (23-25/10/2008)..


Sory kepada pembaca, kalau cerita ini agak berterabur..... main tulis ja apa yg terkuar dari pala otak... lalalalalalalala.......... :p

From : Tuan Shahimi (BudakPutih)

HoW & MaCaM MaNa..??

MacaM MaNa Erk NaK Tau..?? YaNg KeKasiH KiTa CuRaNg Dgn KiTa.....

TaNgapaN

ApaKaH TanGgaPan AnDa SeMua TeRhaDap Ex-Gf/Bf YaNg MeMinTa UnTuk DiTinGgALkan..