Monday, September 1, 2008

PeriSTiwA - PeriSTiwA PenTinG D'buLaN RamADHan

Assalamualaikum...

Mari kita ramai2 membaca utk mengetahui apakah yg telah berlaku pada Bulan Ramadhan di masa dahulu...

# Al-Qur'an Diturunkan
Pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan iaitu tahun pertama perutusannya sebagai rasul, Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perfantaraan Malaikat Jibrail A.S.

# Khadijah Memeluk Islam
Khadijah binti Khuwalid, isteri baginda Rasulullah S.A.W.. Merupakan orang pertama menerima Islam dan memeluknya.

# Khadijah Wafat
Pada 10 Ramadhan tahun kesepuluh, isteri baginda yang dikasihi telah pergi menghadap Tuhan ketika berusia 65 tahun.

# Kematian Abu Talib
Abu Talib adalah bapa saudaranya yang telah banyak berjasa kepadanya.

# Peperangan Badar
Berlaku pada Jumaat, 17 Ramadhan pada tahun kedua Hijrah.

# Zakat Fitrah Diwajibkan.
Zakat Fitrah diwajibkan pada bulan Ramadhan iaitu pada tahun kedua Hijrah.

# Penaklukan Kota Mekah
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah

# Beberapa Orang Penentang Islam Memeluk Islam.
Al-Abbas bin Abdul Mutalib memeluk Islam pada 10 Ramadhan dan Abu Sufian memeluk Islam pada 13 Ramadhan tahun kelapan hijrah.

# Solat Tarawih Didirikan Secara Berjemaah.
Setelah Saidina Umar bin Al-Khattab dilantik menjadi Khalifah, beliau memerintah supaya solat tarawih dilakukan secara berjamaah.

# Peperangan Tabuk
Berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke sembilan hijrah.

# Islam Berkembang Ke Yaman
Disebarkan pada tahun kesepuluh hijrah.

# Bani Thaqif Memeluk Islam
Pada tahun kesembilan hijrah sekumpulan Bani Thaqif dari Taif telah datang kepada Rasulullah dan memeluk Islam.

No comments: